Thursday, May 26, 2011

GEDIK SANTAI DAY

Assalammualaikum.. hari ni aku nak citer panjang..ehh..penah ke aku citer pendek ?..hihi..selalunya kalau aku dah menceceh, dah mcm cerpen dibuatnya..(^_^)

Semalam, bertempat di perkarangan letak kerete tempat keje aku ni telah diadakan sukaneka. anjuran pelajar2 SPP 4 (Sijil Perakaunan Perniagaan) semester 4 dgn kerjasama Kelab Keusahawanan dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Sehari sblm hari kejadian, aku ada dpt jemputan dr pelajar ttg sukaneka ni. tapi semlm mmg aku x teringat langsung, so, gi keje siap pakai skirt labuh lagi.

pastu pg tu, masa aku lalu tempat diorg buat sukan tgh diadakan senamrobik, tarian chicken dance dan poco2. tegur gak geng2 pensyarah yg ada kat situ, antaranya kak mid, kak wizni, kak siti, pah, ngan kak sharini. tapi ntah camne. alih2 aku terjoin pulak berchicken dance, dan berpoco2 simple tu. org pegi sukaneka dgn pakaian sukan..aku dgn blous + skirt ..menari skali...lantak.. :)

pastu lagi, ingatkan takat tu jelah kan sbb aku otw nak masuk library. tapi ntah camne..melekat terus, join acara masukkan straw dlm botol. kalah !, join bawa bola pingpong guna sudu. kalah ! wahh..x bole jadi nih..asyik kalah jek..bila nak menang ni..haha

pastu aku join lagi..tapi yg ni aku berat ati sikit nak join sbb aku mmg x suka game ni..rebut kerusi berirama..selalu kalau ada game ni mmg aku x masuk..sbb confirm first lagu jek aku dah terkeluar..tapi, alang2 dah kalah sebelum ni..biarlah kalah berderet2 kan..so, aku join je lah..suka2..

join punya join..ntah camne aku pun x tau..dapat bertahan sampai top 3..wah..hebat gak tu wehhh..sbbnya..org lain pakai suar ngan kasut sukan. aku lak pakai kain ngan kasut tinggi..kasut tinggi beb..perghh sungguh gedik santai aku aritu...x hengat..kat top 3 ni..aku dgn 2 org student. diorg sekelas,  dan biasalah..bila dah sampai hujung2 ni..tiga2 susah nak gerak. asyik dekat jek ngan kerusi tu..tiba2..ntah camne..aku terjatuh..bergolek atas kerusi. series aku pun x ingat camne aku bole jatuh tu..perghhh..sakitt wooo..tapi control ayu punya pasal..aku tahan je ler..tapi lepas jatuh tu, haruslah aku kalah kan..dah x larat nak pusing2 kat kerusi tu..pening dah gua..dapatlah no 3. jadiklah..

rileks kejap..aku join pulak acara makan biskut kering, partner aku Pah..dah ar baru lepas pusing2, x sempat minum air, melantak pulak..dgn tekak kering, aku ngap gak biskut kering tuh..hah..amik ko..nak tercekik dibuatnya..sib baik ada kak wiz dtg bwk air mineral..dpt gak minum seteguk dua..makan punya makan..x sangka dpt no 2..hah..layan..

game terakhir yg aku masuk..cari gula2 dlm tepung, dlm keadaan hujan masa tu..nak jugak join..dgn baju ganti takde..jalannn...pastu..dapatlah corak2 putih kat kain ngan tudung hitam yg aku pakai tu..lagi aku bersihkan lagi makin kotor..comot giler..so, amik keputusan. x nak bersihkan..kotor pun kotor ar..muka aku toksah ckp ar..gigi pulak..penuh ngan tepung..main tepung dalam hujan..tepung basah..cepat ar melekatnya..aku masuk bilik air x abes2 terbersin-bersin..tepung masuk hidung skali..aku bersihkan bdn setakat mana yg mampu...dgn baju basah, putih2 sana-sini, comot2..dgn slumbernya aku masuk library..duduk diam2 cam biasa..mcm2 takde apa2 berlaku jek..sambung keje aku aritu..:)

ptgnya..ada diadakan pertandingan karaoke, tarian dan penyampaian hadiah. segan dah nak join sbb semua comot, sib baik ada adik khalis, pensyarah berdarah manis ni..aku pinjam jek tudung dia. hah..skang kain jek comot..tudung dah ok x kotor..tapi skali dah mcm Hajah Azrina dah aku nih dgn tudung cik khalis ni..belasah je lahh..dah org bg pinjam bersyukur sgt dah..ptg tu dapatlah aku hadiah penyertaan, dgn 2 hamper, hamper yg satu tu patutnya aku share ngan Pah tapi sbb semlm Pah dah menjuarai acara keseluruhan..semua dia sapu bersih beb..dia bagi jek aku hamper tu terus..mekasih Pah..seronoklah anak2 aku kat umah..mummy dia bwk balik jajan...

pastu mlm tu, barulah aku terasa sakit sana, sakit sini..belek punya belek..rupanya lebam belakang aku nih sbb terjatuh pg tu..patutlah rasa sengal..tak tido mlm aku dibuatnya..hah..amiklah bhgn..siangnya x hengat berjumba-jumba kan..arghh..

kat sini ada beberapa gambar masa sukaneka tu. ada lagi gambar2 lain. tp kat camera student. tgklah kalau aku dpt kang...aku share k. oklah..aku sambung lenkali..dah sengal dah bahu2 aku nih...chow..:)


jemputan oleh pelajar

bergambar sebelum acara bermula, sila fokus pd makcik2 ayu depan tu eh..
jgn tertumpu pd perut En Shuder yang berbaju merah itu...ampunnnn..En Shuder..hahaha

gambar ni aku amek dari FB Pah.. x clear sgt eh..
takpe ar..kecikkan sikit mata korang time tengok eh..:)

dengan pn che zakiyah,
kesian dia kepenatan sbb anak kembar dia demam mlm tu..x tido ibu..
inilah antaranya hadiah yg kitorg dapat..
lumayan gak beb..
senyuman keikhlasan yang berwajah keibuan..
terbaik dari mummy dan ibu..haha..perasan !
selain cawan pooh yg cute dan hamper
ini jugak hadiah paling berharga yg aku dapat
lebam..ni gambar semlm..hari ni lagik gelap lebamnya..hah..rasakan !

Friday, May 20, 2011

NUR KASIH da MOVIE



 perghhh..hebat betul penangan Nur Kasih ni ekkk..

dari semalam lagi aku dok baca wall fb kawan2 kata nak gi tgk movie nih..hari ni pulak respond yg aku dapat semuanya menceritakan betapa hebatnya citer nih..
pagi tadi kat pantry pun member2 sibuk citer, siap ada yg kata ..ada sorang rakyat malaysia sanggup balik dari Perth semata-mata nak tengok movie nihh..perghh..bahang je rasa kan..aku yg panggung depan mata ni pun x sempat nak menerjah lagi..ni dia sanggup balik dari jauh..banyaknya duit dia..mehh derma kat aku sikit..hahah..tercabar beb..ni yang rasa cam nak mintak time off jek skang ni nak gi panggung..tapi nak tulis apa kat borang time off aku tu ??
adakah bole beralasan begini ?
' saya nak pegi cari bukti yg sahih sebab tak sanggup dgr komen2 orang, jadi saya nak tengok dgn mata kepala saya sendiri, betulkah cerita nur kasih ni sgttt bestt - harap diluluskan permohonan time off saya ini '

haha ..kalau cam nilahh..bukan setakat time off 2-3 jam. time off 24 jam sehari selama 365 hari setahun..hah hambek ko..tengoklah nur kasih tu puass-puass... :)

sbnrnya aku ada hati nak pegi, tapi confirm abg posto aku tu tak layan..sdgkan tgk citer hindustan yg dah berkali2 tengok pun x berenti-berenti nangis..inikan lagi citer yg dah mmg confirm2 byk part sedih..ada yg basah baju aku kang..huhu..

Thursday, May 19, 2011

MAKAN TIME


Assalammualaikum,


Hihi..sengih2 dulu :).
Inilah aku nih, orang nak ada blog, aku nak ada blog gak. Blog org lain hari2 update, takpun seminggu sekali, paling sadis pun sebulan skali. Tapi aku..Kalaulah ada Anugerah Blogger Paling Pemalas Nak MengUpdate, nak jek aku mencalonkan diri aku sendiri..dah 4 bulan dah, baru nak jenguk skali blog ni, aku bukannya apa, tiap kali nak bukak lupa password, memanjang nak kena reset password balik. Nak kata dah tua, ramai yg kata aku nampak muda..walawehhh..perasan sudah..oklah sebelum makin banyak aku memuji diri sendiri, baik aku teruskan citer aku kali ni.


Aku ni keje kat area Pasir Gudang, kawasan taman perumahan, masalahnya..time kali nak sarapan, makan tengahari mesti pening kepala. tak tau nak makan apa. Padahal, depan bangunan tmpt aku mencari rezeki ni tiap2 pagi, skali 4 org meniaga bukak payung jual sarapan pagi, pastu ada 2-3 kedai makan lagi. dekat2 sebelah taman pun ada byk kedai makan. tapi ntahlah..naik bosan hari2 pikir nak makan apa. sampaikan penah skali tu, aku order kat kedai makan tu, nasi putih + ikan bilis goreng kicap. padahal kalau aku bawak bekal, buat sendiri kat rumah..dah beringgit2 tu aku jimat utk lauk cenggitu. tapi, aku ni kan rajin..order jelah..:)


Pastu..aku ingatkan, aku sorang jek yg berperasaan cenggini. rupanya ada ramai gak kawan2 keje aku ni yg merungut benda yang sama. boring x tau nak makan apa, beli kat mana..soalan standard tiap2 ari. ni..belum pegi kedai tu, dah tau lauk dia apa, rasa dia camne, dah bole rasa2 kat tekak ni ha..lagi2 kalau hari jumaat, rehat kan panjang..mulalah bergaduh sana sini member2 suruh pikir nak mkn kat mana..kalaulah peniaga2 tu tiap2 ari tukar menu kan best. ari ni menu ala2 kampung, besok menu western, pastu lusa menu ala2 tomyam, kan senang aku tak yah cari kedai lain2..gi satu kedai jek tapi ikut hari..tak lah jemu, kan..wahhh..banyaknya songeh aku..kalau aku jadik peniaga pun malas nak layan pelanggan cam aku..haha..setakat aku sorg yg byk songeh ni confirm tak rugi pun hasil jualan dia aritu.


oklah..aku berenti dulu, ni curi masa 10 minit menziarah blog aku ni jap. pasni nak gi makan tengahari dah. hah..dah start pening lah ni nak makan kat mana..puasa je lah weiii..badan pun dah makin mengembang, mode : nak menyedarkan diri sendiri pose tak abes ganti lagi nih.. :)

p/s : password blog aku nih..aku dah simpan dalam otak aku paling kiri, depan skali, confirm lepas ni x lupa password lagi dah.dan dapatlah aku menceceh kat dalam ni selalu (*_^)

Wednesday, January 05, 2011

DAMIA n KAIYISAH DAH SEKOLAH - part 2

sebelum aku teruskan part 2 nih, aku nak share sikit. ada kawan kat pat keje aku ni sound aku. katanya aku tak sayang anak. first day sekolah semua org cuti sbb sibuk antar dan tunggu anak. aku plak ada kat opis. biar anak aku gi sekolah sorang2. masalahnya, dah anak aku tak nangis. ok jek. takkan aku nak saje2 nak tunggu... yang org lain tu maybe sbb anak dia nangis.. so, memang patutlah diorg tunggu..kan..kan..hihi

ok, aku nak sambung pasal puteri2 aku ni.

DAMIA - BALIK SEKOLAH

HARI PERTAMA

disebabkan sekolah damia ke arah kiri (satu jln ngan tempat keje daddy dia) so, pegi keje mmg ngan daddy dia. ok. hari pertama balik sekolah aritu, daddy dia gi tengok dia time balik. x ambik dia pun, just pastikan dia reti naik van sekolah yang nak antar dia g umah adik aku. damia aku x antar umah pengasuh sbb jauh dr sekolah dia. so, aku tumpang umah adik aku kat area tiram gak. daddy dia balik keje ptg kang baru jemput dia.

daddy dia call kata, dia ok je. ikut arahan makcik van tu, dan naik van. takde merungut2 dan takde masam2 muka. so, lepas ni hrp2nya pun takde masalah lah ye sbb daddy confirm x sempat amik kakak dan confirm kakak akan naik van sekolah sampai ujung tahun nanti. ..hihi..

KAIYISAH - BALIK SEKOLAH

HARI PERTAMA

actually eshah ni aku dah upahkan naik van sekolah gak. tapi hari pertama sekolah ni makcik van tu x sempat amek sbb nak gi jpj katanya. so, kenalah aku jemput mokcik kenit ni.

masa aku sampai, dia masih dlm kelas. aku pun ngendap2 kat tingkap. nmpk dia tgh duduk main tanah liat atas lantai. pastu, ada sorg bdk lelaki ni duk pijak2 mainan depan dia. dia tenung jek bdk laki tu. risau lak aku. kang jap g diketuknya kepala bdk yg kacau dia tu. naya jek. sbbnya, si eshah ni jenis redah jek. kalau sape2 kacau dia, confirm dia return. garang !
sib baik x lama tu, bdk laki tu blah. pastu, nak balik. cikgu suh baca doa, tgh baca doa. kwn pompn dia pulak dok bisik2 kat telinga dia. pastu terkekeh2 ketawa. mak aiii. sempat bergossip lagi korang time baca doa ek.

ok. time balik. semua salam2 cikgu, pastu meluru keluar pintu. mcm2 ragam. ada yg melalak dgn pegang 1 kasut, sebelah lagi dah hilang mana ntah. ada yang menonong jek kuar, kasut ditinggal. terjerit2 cikgu memanggil, ada pulak yang tiba2 menjerit cari mak ayah x jumpa. huru-hara. padahal aku rasa sekolah tu kecik jek. tapi..kecoh.

disebabkan sekolah tadika ni tadika islam, so bdk pompn pakai tudung g sekolah. awal pg tadi. aku tengok semua comeyy jek. balik nih. hah ! ambik sana. ngan tudung senget2. mmg x hengat. tapi takpelah, itu bdk2 kan. masalahnya aku tgk tudung cikgu2 dia pun ikut senget skali. huisshhh. sungguh besar cabaran cikgu nak melayan bdk2 ni time pertama kali kenal sekolah kan. respect aku. kalau aku jadi cikgu agaknya, semua bdk terus berenti.hihi..

ok. balik kat eshah. aku tgk dia keluar pintu, dia cari kasut. ok jumpa kasut dia, da settle pakai kasut. (aku tak panggil dia, saje nak tgk reaksi dia. dia pun x nmpk aku.) pastu, dia gi kat tiang, dia main2 kat tiang tu, dah boring, dia gi kelas sebelah, tgk kakak2 6 tahun pakai kasut. pastu jln2 kat kawasan sekolah dia tu dgn riang-rianya. bdk2 lain dah nangis 2-3 kali dah. dia bahagia jek. aikk..bape lama lagi aku nak tunggu nih. x sabar. aku panggil dia. "kaiyisah". diam. "kaiyisah". aku panggil lagi. bila dia nampak aku jek. dia terus jerit "mummyyyyyy...eshah belajar fatihah" hah ! ambik ko, kuat dia ckp. pastu aku tanya, camne eshah baca. dia pun bacalah kat tgh2 laman kantin dia tu. (yg sbnrnya dia mmg dah tau baca pun sbb selalu ikut kakak dia baca sblm ni). hihi. ok hari pertama yang menceriakan. good job.

HARI KEDUA

hari kedua ni pun aku terpaksa gi sekolah dia sbb nak tunjukkan makcik van, mana umah pengasuh anak aku nih. pagi tadi antar, dia pun happy je. siap bye2 lagi aku kat gate.

ok, hari kedua balik nih. takde sorang pun mak ayah dlm sekolah. semua tunggu luar gate. semlm 1 hari jek cikgu bg can. tunggu. harini, pas hantar. sila tinggal anak2 anda ye. biarlah dia nak melalak pun. tinggal jekkk. pandailah cikgu settle.

kali ni, ok sikit. semua dah nmpk terkawal. eshah aku tunggu kat luar jek. hari ni dia cepat nmpk aku.  sementara tunggu van sekolah dia sampai, kitorg dok kat kantin. mulut dia x abes2 bercakap. itu ini. mcm2. oklah aku layan. tetiba dia kata. kuat plak tu "mummy, mummy tgk bdk tu. dia gemukkk.." makkkk aii. cuak aku. x sempat aku ckp. dia ckp lagi. tp kali ni dia tunjuk bdk lain pulak "mummy, mummy..bdk tulah yang nangis kuat pagi tadi. eshah x nangis pun" hah..terkedu aku jap. mmg nmpk laser mulut bdk kecik ni. harus dinasihatkan sikit. aku pun nasihat kat dia. jgn ckp org gemuk. x baik. itu ini. bla..bla..
 x lama van sekolah dia sampai, aku suh dia naik van. aku naik kete. tunjuk umah. hah..esok naik lah sendiri ye. mummy x jenguk lagi dah. cukuplah 2 hari. kang hari2 manja pulak bdk nih.

itulah kerenah 2 org puteri aku. cukuplah 2 part jek. ada citer baru kang aku update balik. harap2 berjayalah diorang dlm pelajaran. dan terpelihara dalam pergaulan. amin. 

Tuesday, January 04, 2011

DAMIA n KAIYISAH DAH SEKOLAH - part 1

dah berapa hari dah aku x sempat jenguk blog nih, sibuk ngan persiapan puteri sulung dan puteri tengah aku nak sekolah. beli barang-barang sekolah diorg, urusan yuran, pendaftaran, uniform, van sekolah. semua nak kena settle. ni baru 2 org. tahun depan, hadif plak join. confirm lemak2 aku turun. weee~

PUTERI SULUNG
(DAMIA' QURRATU'AINI a.k.a DAMIA a.k.a KAKAK)

dia sekolah kat sekolah kebangsaan ulu tiram (skut). sekolah aku dulu dari darjah 1 sampai darjah 6. kat sinilah aku membesar. tahu erti kawan dan tahu "suka" kat kawan. hihi.
ok. takmo citer pasal aku. kang terbocor rahsia. balik pasal damia.
damia pra sekolah 6 tahun. masa sesi pendaftaran dia rileks je, yelah sebelum ni dia penah gi tadika. so, takdelah nmpk dia cuak sgt.

hari pertama sekolah, aku tak hantar, dia gi ngan daddy dia. naik motor. nmpk excited sbb dpt pakai helmet bdk kecik. duduk belakang daddy dia atas motor. alahai, kenit jek aku rasa bdk tu. cett..cam aku dulu besar sgt..hihi..

masa damia tadika 5 tahun dulu. hari pertama aku hantar, pastu aku terus tinggal. pegi keje. takde acara tunggu-menunggu. so, kali ni dah 6 tahun, daddy dia antar sampai kat gate sekolah jek. pastu daddy dia gi keje. berjalanlah dia ke kelas dia sorang2. berdikari. 

PUTERI TENGAH
(KAIYISAH MUYASSARAH a.k.a ESHAH)

bdk kecik sorang ni, aku sekolahkan kat tadika ghufron. tadika islam kat area kg aku. dulu masa damia 5 tahun aku sekolahkan dia kat sini gak. so, skang adik dia lak masuk. anak aku si eshah ni mmg aku seram sikit. kdg2 manja, kdg2 brutal abes, dan kdg2 ikut suka ati dia. risau aku nak antar dia g sekolah ni. camnelah gayanya lak kang. maklumlah. x penah kenal sekolah sebelum nih.

hari pertama sekolah. aku bgtau cikgu dia, kaiyisah ni aktif sikit, tak mcm damia. damia ni x pandai sgt bergaul ngan org. tp si eshah ni, mulut dia mak aiii...kecoh !

pagi first day tu, lepas abes urusan aku ngan cikgu dia. aku kenalkan eshah ngan cikgu. pastu aku ckp. "mummy nak gi keje dah ni..eshah belajar pandai2 tau, dgr cikgu ckp..ok"
dia senyum2 rileks jek. "ok. salam2. cium2" "bye2" kata aku lagi.
dia pun salam dan cium aku. dia rileks lagi. pastu aku jalan gi kete. aku toleh belakang.
senyap. dia rileks lagikkk..aikkk..tak nangis ke bdk kecik nih. aku nak tingalll dah nih. ehh..mmg dia tak nangis lah. siap bye2 aku lagi..hihi..bagus2..
sbnrnya aku mmg dah apply cuti awal2 takut2 dia nangis. dah dia tak nangis. aku terus g keje. cancel cuti aku aritu. dia balik kang aku amik dia, kita tgk apa dah berlaku kat sekolah dia arini. hihi