Tuesday, December 28, 2010

SELEPAS 40 HARI



24 DISEMBER 2010 - SELEPAS 40 HARI

sebelum aku teruskan dengan entri ni, byk kali dah aku pikir, perlu ke aku share segala rasa hati aku dlm blog ni..aku bukannya nak mengungkit apa yg telah berlaku. kalau boleh...aku pun nak delete semua yg ada dlm memori otak aku ni. tapi aku mmg tak mampu. agak lama jugak aku bertahan..menahan rasa..dan akhirnya..mmg aku tau, aku tak mampu nak tanggung kesedihan ni sorang2 dan aku nak luahkannya di sini. yg aku nak ceritakan kat sini adalah mengenai arwah sepupu aku - belah arwah ibu aku.

15 NOVEMBER 2010 - ISNIN

pagi tu aku kena asma, dari mlm aku menahan semput, pg tu husband aku bwk gi HSI. cam biasa aku amik gas, lepas dapat gas - rasa lega sikit. aku balik. tapi..aku tak terus balik rumah aku. aku pegi rumah sepupu aku kat atas tu. masa aku sampai, kebetulan 3 adik perempuan dia nak keluar pegi warung family diorg. nak kemas2 brg sbb warung diorg dah tutup sempena cuti raya haji. adik perempuan diorg yg bongsu gi sekolah. arwah sepupu aku ni anak sulung dan lelaki tunggal dlm family. dan dia pun dah keluar gi bekpes ngan kawan dia masa tu. so, tinggallah aku dlm umah diorg sorang2, aku makan ubat dan nak tido.

tiba2, hp aku bunyi, adik arwah yg kedua call. katanya :
"akak, cepat dtg..long accident" berdebar2. aku tanya balik "kat mana?" , "kat warung, cepat kak"

tak pikir panjang, aku start kete, gi lokasi kemalangan. sebaik sampai, aku nampak dia di tepi jalan, dikelilingi adik2 arwah. dan masih bernafas. adik arwah kata dah call ambulans tapi tak sampai2. tak lama tu, abg aku dtg. kami bwk arwah naik kereta, dipangku oleh adik arwah yg ketiga. aku pun ada dlm kete tu jugak. kete aku, aku parking tepi jln. dgn cermin x tutup. lantak. aku cemas !

masa dlm kete tu, mcm2 aku cakap, mcm2 aku baca. aku tak nak dia pengsan. dia byk kali sebut "ya, allah. ya, allah" dan mcm2 aku terbayang. aku takut !

sampai kat HSI, dia masih lagi bernafas dan aku sempat berbisik di telinganya :
"long, Allah dah bagi kita byk kegembiraan, kdg2 Allah bg kita rasa sakit sikit, long bertahan ye. kuatkan semangat. long anak yg soleh." dan dia menyahut apa yg aku kata dgn satu keluhan yg bersemangat. masa dia kena usung, aku ckp lg. "long mesti kuat". kemudian, petugas HSI bwk dia masuk bilik kecemasan. dan aku pun terduduk kat tepi tu, tak mampu buat apa, tak mampu kata apa. aku betul2 takut ! menggigil seluruh badan aku.

masa ni, aku sempat call kawan baik aku kat opis. takde apa yg aku kata selain aku ckp aku takut yg amat, aku nangis2 dan nangis. sementara menunggu dia diberi rawatan, jantung aku rasa nak putus ketakutan. aku seakan dpt rasa yg dia akan tinggalkan kami. tapi aku lawan rasa tu, aku tak nak kehilangan dia.

dan aku bgtau abg aku dan adik2 arwah. aku tak nak ada masa doktor panggil. aku nak tunggu kat luar. aku tak sanggup nak dgr apa doktor ckp. terukkah aku ? kalaulah rasa takut tu dpt aku terjemahkan kat sini.

sejam lepas tu, mmg doktor panggil. aku tak masuk. abg aku dan adik2 arwah yg masuk. melihat adik dia yg ketiga meluru ke arah aku sambil kata "kak, long dah tak ada, dah tak ada" dan seperti yg dah ku jangka. doktor tak dapat selamatkan arwah. aku berlari masuk jumpa doktor. nak kepastian. dan mmg betul. arwah dah tak ada.

bayangan wajah makcik dan pakcik ku hadir depan mata. tanpa mereka yg ketika itu sedang berada di mekah. menunaikan haji pemberian arwah. kami di sini harus melalui saat2 getir ini. buat seketika, kami hanya mampu melihat jenazah arwah di bilik rawatan. tanpa kata apa2.
"bik, abg jatt.. maafkan rina. tak mampu menjaga amanat mu dengan baik"
apa yg aku takutkan, berlaku jua.

seterusnya, kami mula mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak hospital. terima kasih kepada semua pihak yg membantu esp. Jabatan Agama Negeri Johor kerana arwah adalah Qari Johor.

Alhamdulillah, segala urusan dari awal sehingga akhirnya. sangat mudah. aku pasrah dlm lemah.

sehingga hari ini, detik ini, air mata ku tak putus2 mengalir apabila mengenangkan saat2 terakhir bersamanya sebelum dia diberi rawatan. tanpa kecederaan yg teruk, tanpa darah yang menitis, dia pergi meninggalkan kami.

sebelum ini, aku melalui saat2 getir ketika kehilangan arwah atuk di depan mata (arwah atuk sakit dan meninggal di rumahku). kemudian, kehilangan arwah nenek di hospital. arwah nenek pegi ketika aku berseorangan menemani disisinya. bersendirian melihat nenekku sehingga nafasnya yang terakhir. kemudian, arwah ibu pegi tanpa sempat aku balik dari berkursus. dan kini, sepupu ku pula. kenangan terakhir menghantarnya ke hospital, masih terbayang2 di mata. hanya berdoa dan hadiahkan al-fatihah tiap kali kesedihan melanda terkenangkan mereka.

AL-FATIHAH

aku tak mampu nak teruskan menulis. sejak tadi air mata aku tak putus2 mengalir.
aku sedih. sgt sedih. :(

Thursday, December 23, 2010

10 BULAN BERLALU

dah 10 bulan dah blog aku ni terbiar. sejak kali pertama aku belajar post citer sampai skang..tak ter'edit2. sib baiklah ada adik sepupu a.k.a haziqa/kak chik tolong selamatkan blog nih-edit sana sini. kalau x mmg bersawang labah2 tujuh keturunan lah nmpknya blog ni. thanks kak chik, kang akak belanja kat Rawaida Tomyam k. :)

dalam 10 bulan ni mcm2 citer dan pengalaman yang dah aku lalui. rasa menyesal pulak tak post citer dari awal. tapi takpe, semua kenangan pahit manis tu akan kekal abadi kat memori aku. dan sedikit demi sedikit aku nak share kat dlm blog ni. kalaupun x ramai pembaca yg baca blog aku. (masalahnya ada ke org tau aku ada blog ?) huhu..hihi.. takpe. sbb aku nak jadikan blog ni tempat aku mengenang segala yg berlaku dlm hidup aku. dan walaupun dah terlmbt, x kira jugak. yg penting aku nak menceceh jugak. :)