Wednesday, January 05, 2011

DAMIA n KAIYISAH DAH SEKOLAH - part 2

sebelum aku teruskan part 2 nih, aku nak share sikit. ada kawan kat pat keje aku ni sound aku. katanya aku tak sayang anak. first day sekolah semua org cuti sbb sibuk antar dan tunggu anak. aku plak ada kat opis. biar anak aku gi sekolah sorang2. masalahnya, dah anak aku tak nangis. ok jek. takkan aku nak saje2 nak tunggu... yang org lain tu maybe sbb anak dia nangis.. so, memang patutlah diorg tunggu..kan..kan..hihi

ok, aku nak sambung pasal puteri2 aku ni.

DAMIA - BALIK SEKOLAH

HARI PERTAMA

disebabkan sekolah damia ke arah kiri (satu jln ngan tempat keje daddy dia) so, pegi keje mmg ngan daddy dia. ok. hari pertama balik sekolah aritu, daddy dia gi tengok dia time balik. x ambik dia pun, just pastikan dia reti naik van sekolah yang nak antar dia g umah adik aku. damia aku x antar umah pengasuh sbb jauh dr sekolah dia. so, aku tumpang umah adik aku kat area tiram gak. daddy dia balik keje ptg kang baru jemput dia.

daddy dia call kata, dia ok je. ikut arahan makcik van tu, dan naik van. takde merungut2 dan takde masam2 muka. so, lepas ni hrp2nya pun takde masalah lah ye sbb daddy confirm x sempat amik kakak dan confirm kakak akan naik van sekolah sampai ujung tahun nanti. ..hihi..

KAIYISAH - BALIK SEKOLAH

HARI PERTAMA

actually eshah ni aku dah upahkan naik van sekolah gak. tapi hari pertama sekolah ni makcik van tu x sempat amek sbb nak gi jpj katanya. so, kenalah aku jemput mokcik kenit ni.

masa aku sampai, dia masih dlm kelas. aku pun ngendap2 kat tingkap. nmpk dia tgh duduk main tanah liat atas lantai. pastu, ada sorg bdk lelaki ni duk pijak2 mainan depan dia. dia tenung jek bdk laki tu. risau lak aku. kang jap g diketuknya kepala bdk yg kacau dia tu. naya jek. sbbnya, si eshah ni jenis redah jek. kalau sape2 kacau dia, confirm dia return. garang !
sib baik x lama tu, bdk laki tu blah. pastu, nak balik. cikgu suh baca doa, tgh baca doa. kwn pompn dia pulak dok bisik2 kat telinga dia. pastu terkekeh2 ketawa. mak aiii. sempat bergossip lagi korang time baca doa ek.

ok. time balik. semua salam2 cikgu, pastu meluru keluar pintu. mcm2 ragam. ada yg melalak dgn pegang 1 kasut, sebelah lagi dah hilang mana ntah. ada yang menonong jek kuar, kasut ditinggal. terjerit2 cikgu memanggil, ada pulak yang tiba2 menjerit cari mak ayah x jumpa. huru-hara. padahal aku rasa sekolah tu kecik jek. tapi..kecoh.

disebabkan sekolah tadika ni tadika islam, so bdk pompn pakai tudung g sekolah. awal pg tadi. aku tengok semua comeyy jek. balik nih. hah ! ambik sana. ngan tudung senget2. mmg x hengat. tapi takpelah, itu bdk2 kan. masalahnya aku tgk tudung cikgu2 dia pun ikut senget skali. huisshhh. sungguh besar cabaran cikgu nak melayan bdk2 ni time pertama kali kenal sekolah kan. respect aku. kalau aku jadi cikgu agaknya, semua bdk terus berenti.hihi..

ok. balik kat eshah. aku tgk dia keluar pintu, dia cari kasut. ok jumpa kasut dia, da settle pakai kasut. (aku tak panggil dia, saje nak tgk reaksi dia. dia pun x nmpk aku.) pastu, dia gi kat tiang, dia main2 kat tiang tu, dah boring, dia gi kelas sebelah, tgk kakak2 6 tahun pakai kasut. pastu jln2 kat kawasan sekolah dia tu dgn riang-rianya. bdk2 lain dah nangis 2-3 kali dah. dia bahagia jek. aikk..bape lama lagi aku nak tunggu nih. x sabar. aku panggil dia. "kaiyisah". diam. "kaiyisah". aku panggil lagi. bila dia nampak aku jek. dia terus jerit "mummyyyyyy...eshah belajar fatihah" hah ! ambik ko, kuat dia ckp. pastu aku tanya, camne eshah baca. dia pun bacalah kat tgh2 laman kantin dia tu. (yg sbnrnya dia mmg dah tau baca pun sbb selalu ikut kakak dia baca sblm ni). hihi. ok hari pertama yang menceriakan. good job.

HARI KEDUA

hari kedua ni pun aku terpaksa gi sekolah dia sbb nak tunjukkan makcik van, mana umah pengasuh anak aku nih. pagi tadi antar, dia pun happy je. siap bye2 lagi aku kat gate.

ok, hari kedua balik nih. takde sorang pun mak ayah dlm sekolah. semua tunggu luar gate. semlm 1 hari jek cikgu bg can. tunggu. harini, pas hantar. sila tinggal anak2 anda ye. biarlah dia nak melalak pun. tinggal jekkk. pandailah cikgu settle.

kali ni, ok sikit. semua dah nmpk terkawal. eshah aku tunggu kat luar jek. hari ni dia cepat nmpk aku.  sementara tunggu van sekolah dia sampai, kitorg dok kat kantin. mulut dia x abes2 bercakap. itu ini. mcm2. oklah aku layan. tetiba dia kata. kuat plak tu "mummy, mummy tgk bdk tu. dia gemukkk.." makkkk aii. cuak aku. x sempat aku ckp. dia ckp lagi. tp kali ni dia tunjuk bdk lain pulak "mummy, mummy..bdk tulah yang nangis kuat pagi tadi. eshah x nangis pun" hah..terkedu aku jap. mmg nmpk laser mulut bdk kecik ni. harus dinasihatkan sikit. aku pun nasihat kat dia. jgn ckp org gemuk. x baik. itu ini. bla..bla..
 x lama van sekolah dia sampai, aku suh dia naik van. aku naik kete. tunjuk umah. hah..esok naik lah sendiri ye. mummy x jenguk lagi dah. cukuplah 2 hari. kang hari2 manja pulak bdk nih.

itulah kerenah 2 org puteri aku. cukuplah 2 part jek. ada citer baru kang aku update balik. harap2 berjayalah diorang dlm pelajaran. dan terpelihara dalam pergaulan. amin. 

2 comments:

Kak Yani said...

i loikeee ur storyyyy....

a.z.r.i.n.a said...

hihi
thank u kakak,
baru ni dpt masuk blog.
memanjang lupa password.
ni pun reset password baru. adoiii..